Pilih satu Halaman

Tentang Shoppanel

KISAH KAMI

Tinjauan mudah dan seronok dengan ganjaran tunai

Shoppannel diasakan pada tahun 2014 oleh syarikat Denmark Opinodo. Matlamat kami mudah – untuk membantu orang ramai membuat duit tambahan dan membawa perubahan dalam industri penyelidikan pasaran.

Pendapat anda amat bernilai bagi kami dan masa anda sangat berharga. Kami menjemput anda melalui e-mel untuk menjawab tinjauan yang mudah tentang pelbagai topik. Sebagai ganjaran, anda akan menerima duit, baucar atau kad hadiah. Anda juga boleh menderma duit yang anda terima kepada kebajikan. Memang sangat senang!

Kami berbangga dengan jumlah panel kami yang melebihi 300,000. Bilangan ini terus meningkat. Sebagai sebuah syarikat, kami sentiasa berusaha untuk menambah baik pengalaman menjalankan tinjauan yang memberi impak penting. Jawapan jujur kepada soalan tinjauan kami sangat penting bagi kami dan kami sentiasa memberi ganjaran!

MAKLUMAT LAZIM

Apa yang anda patut tahu tentang tinjauan

Anda menerima jemputan tinjauan secara langsung

Anda akan dijemput untuk melengkapkan tinjauan yang paling sesuai dengan profil anda. Kami akan menghantarkan jemputan terus ke alamat e-mel anda.

Anda boleh bekerja di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa

Perkara yang terbaik tentang tinjauan adalah anda boleh menjawab tinjauan pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Anda juga boleh menjawab tinjauan pada sebarang peranti selagi anda mempunyai sambungan internet.

Kebanyakan tinjauan pendek sahaja

Ada masa terluang? Tinjauan kami yang paling panjang akan mengambil masa tidak lebih daripada setengah jam. Anda akan menerima ganjaran sewajarnya yang hebat.

Jawapan anda dirahsiakan

Kami menghargai privasi dan kesulitan nama anda. Jawapan yang kami kumpulkan daripada tinjauan berkenaan hanya bertujuan untuk analisis statistik sahaja. Semua jawapan anda akan sentiasa kekal tanpa nama.

TAWARAN KAMI

Nikmati faedah sebagai ahli Shoppanel

Jika anda sedang mencari cara yang mudah untuk mendapatkan duit tambahan sampingan, tinjauan Shoppanel adalah cara yang terbaik. Kami menghargai semua ahli kami dan ingin memberikan mereka pengalaman terbaik pada laman web kami. Sebagai pengguna Shoppanel, anda boleh menikmati pelbagai faedah dan ganjaran tunai.

Keahlian percuma sepanjang hidup

Tinjauan yang mudah diaskes

Perkhidmatan pelanggan hebat

Pembayaran pantas dan selamat

Jika anda merasakan bahawa ini adalah peluang yang sesuai untuk keperluan anda, klik pada butang di bawah untuk menjadi ahli Shoppanel secara percuma.